Solo Travel Malaysia : Aku Pusing Satu Malaysia Cari 100 Homestay Mewah

Kalau kau tengah baca artikel ni, kemungkinan besar kau pun ada rasa nak keluar, nak jalan sorang-sorang, nak tahu betul ke Malaysia ni ada benda menarik selain tempat yang semua orang dah tahu.

Aku faham.

Sebab itulah aku mulakan Misi 100 Villa satu perjalanan solo travel yang aku buat sendiri, naik motor, keliling Malaysia, cari villa dan tempat tersembunyi yang orang lain tak tahu. Bukan nak tunjuk glamour.

Bukan nak habiskan duit. Tapi nak buktikan satu benda Malaysia ni ada nilai tersendiri, tapi ramai yang tak perasan.

Misi 100 Villa : Kenapa Aku Pusing Malaysia Dengan Motor

Ramai tanya aku kenapa motor? Kenapa tak kereta? Kenapa tak flight je terus?

Jawapannya mudah.

Bila kau naik motor dan lalu jalan dalam, kau nampak Malaysia yang sebenar. Kau nampak kampung yang sunyi, sawah yang membentang, mak cik jual kuih tepi jalan, budak sekolah balik kaki. Benda-benda ni tak ada dalam Google Maps.

Tak ada dalam TikTok. Ia hanya wujud kalau kau betul-betul ada di sana, rasa angin, hidu bau tanah lepas hujan.

Solo travel dengan motor ni bagi aku freedom yang tak ternilai. Aku boleh berhenti bila-bila masa aku nak.

Tak perlu tunggu orang lain. Tak perlu kompromi. Perjalanan aku, keputusan aku.

Series 4 Negeri Dalam Sebulan

Perjalanan ni bukan trip sekali jalan. Ia ongoing bermakna kau yang tengah baca ni sedang ikut perjalanan aku masa sekarang.

Dalam siri ini, aku cover 4 negeri dalam misi aku:

  1. Jeram & Sabak Bernam, Selangor negeri pertama, tempat orang kata “tak ada apa”
  2. Lumut, Perak negeri kedua, dengan view laut yang buat aku terdiam
  3. Pulau Pinang (Georgetown) negeri ketiga, masuk naik ferry bawa motor
  4. Langkawi, Kedah negeri keempat, 2 minggu yang penuh kejutan

Setiap negeri ada cerita. Setiap negeri ada hidden gem. Dan setiap negeri ada pelajaran yang aku bawa balik.

3 Syarat Dalam Misi Ini

Sebelum kau teruskan baca, kau kena tahu trip ni ada 3 syarat ketat yang aku tetapkan sendiri. Ini bukan sekadar peraturan. Ia adalah cabaran yang bagi makna kepada setiap perjalanan.

Syarat 1 Spend RM50 Sehari

Ya. Lima puluh ringgit. Sehari. Untuk makan dan semua aktiviti.

Ramai yang gelak bila aku cakap pasal ni. “Boleh ke?” Tapi itulah cabaran dia nak buktikan yang solo travel di Malaysia tak semestinya mahal. Kau tak perlu spend beratus ringgit untuk dapat pengalaman yang bermakna. Kau cuma perlu tahu di mana nak cari.

Syarat 2 Cari Hidden Gem Setiap Negeri

Setiap negeri mesti ada hidden gem tempat yang orang tak tahu, tak ramai datang, dan bukan tempat biasa yang semua orang dah share berkali-kali.

Ini yang paling susah. Sebab nak jumpa hidden gem, kau kena berani masuk jalan yang kau tak pasti ke mana hujungnya. Kena tanya orang tempatan. Kadang-kadang kena sesat dulu.

Tapi bila jumpa? Rasa tu tak ternilai.

Syarat 3 Ride Guna Jalan Dalam

Tiada highway. Tiada lebuh raya. Lalu jalan dalam sahaja.

Ini syarat yang aku paling suka sebab ini yang bagi seluruh perjalanan rasa lain. Kau lalu kampung, kau lalu pekan kecil, kau nampak kehidupan orang biasa yang hidup jauh dari kesibukan bandar. Dan dalam perjalanan tu, kau juga belajar bersyukur.

Negeri Pertama Sabak Bernam, Selangor

Villa Pertama The Stones Villa, Jeram — Homestay

Sebelum aku gerak ke Sabak Bernam, ada satu tempat yang jadi titik mula perjalanan ni. The Stones Villa kat Jeram, Selangor.

Villa ni harga dia 1000 lebih semalam. Aku bawa family celebrate raya, sebab raya kan sebulan, jadi aku rasa berbaloi je.

Jujur cakap, aku tak expect banyak. Tapi sampai je sana, memang terdiam.

Pertama sekali, dapur dia lengkap gila. Korang boleh masak sendiri, makan ramai-ramai, dan lagi best sambil makan tu mak ayah masih boleh tengok anak-anak main. Konsep macam ni jarang aku jumpa kat villa lain. Ruang makan pun banyak, siap ada port OOTD lagi.

Unit ni ada 3 bilik, selesa untuk sampai 16 orang, dan setiap bilik layout dia lain-lain. Benda yang aku paling hargai kat sini? Ada ruang kerja. Rasa macam kat Bali tapi kau sebenarnya masih dalam Selangor.

Ada pool table, private pool, dan kalau korang suka karaoke, ada bilik karaoke sekali. Malam kat sini memang tenang gila sebab depan villa ada kawasan redup untuk santai lama-lama.

Harga bermula dari RM1,380 semalam untuk hari biasa. Dan owner dia ada 3 lagi unit berdekatan kalau korang nak book untuk group yang lebih besar.

Untuk aku, kat sini aku tak spend apa pun sebab semua dah included. Jimat terus untuk perjalanan ke negeri seterusnya.

Villa Ke-2 : GG Serene Villa – Homestay Sabak Bernam Untuk Keluarga Besar

ku kena jujur. Sebelum pergi Sabak Bernam, aku ada post kat Threads cakap Sabak Bernam tak ada apa-apa. Dan aku kena kecam teruk.

Jadi aku pergi sendiri nak buktikan. Rupanya aku yang silap

GG Serene Villa terletak dekat Sabak Bernam dan serious cakap besar gila. Boleh muat family gathering sampai 30 orang. Tapi yang paling buat aku terdiam: view dia terus menghadap sawah.

Ini bukan biasa. Ramai villa ada pool, ada bilik cantik, ada design moden. Tapi view sawah yang membentang masa pagi? Langka wey

Henna Cafe Betul-betul Tengah Sawah

Kalau kau datang Sabak Bernam, satu tempat yang aku suggest: Henna Cafe.

Rare sebab betul-betul tengah sawah. Harga macam KL, tapi experience dia lain sama sekali. View sawah, vibe tenang, makanan portion okay dan taste pun okay. Untuk solo traveler yang nak duduk lama sambil fikir pasal hidup, tempat ni memang kena.

Pantai Hidden Kena Adventure Sikit

Ada orang suggest kat aku Sabak Bernam ada pantai. Dan betul, ada. Tapi nak sampai sana kena adventure sikit. Jalan dia bukan straightforward, kau kena tahu arah sikit.

Tapi tu lah yang buat dia lain. Pantai tu rasa macam milik kau sorang sebab tak ramai yang tahu.

Kesimpulan Sabak Bernam tempat ni bukan takde apa-apa. Dia cuma lowkey. Kedai ada, tempat makan ada, cuma bukan jenis crowded macam bandar. Kalau kau jenis suka tenang, Sabak Bernam ni memang underrated gila.

Negeri Kedua Lumut, Perak

Villa Ke-3 : Dhuha Guesthouse

@matdintravel

Homestay Lumut Perak,Dhuha Guesthouse. Selesa untuk 12 orang, ada tiga bilik semua dan paling best ada privatepool #homestaylumut#homestayperak

♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari

Dari Sabak Bernam ke Lumut, Perak 100KM lalu jalan dalam, mengelak WCE.

Mula-mula aku rasa menyesal. Serius sunyi sepi. Tiada siapa. Jalan kampung yang panjang dengan tak banyak benda nak tengok. Dalam kepala dah start fikir betul ke keputusan ni?

Tapi dalam perjalanan tu, aku belajar sesuatu yang aku tak expect.

Aku lalu satu kampung. Nampak seorang adik yang tak pergi sekolah. Aku tanya kenapa. Dia jawab: “Tak mampu. Saya nak tolong adik saya yang nak sambung belajar.”

Aku diam lama lepas tu. Tiba-tiba masalah aku rasa kecil sangat. Solo travel ni kadang-kadang bukan tentang tempat yang kau pergi tapi tentang perspektif yang kau bawa balik.

Dhuha Guesthouse Hidden Gem Lumut

Akhirnya aku tiba di Dhuha Guesthouse hidden gem dekat Lumut yang aku tak sangka wujud.

Yang best kat sini: view laut yang direct, boleh kayak, boleh memancing, dan ada mini private pool. Unit ni selesa untuk 12 orang dengan 3 bilik berpendingin hawa.

Tapi yang buat aku paling suka? Ada sebuah cafe kat sini yang view dia betul-betul menghadap laut dengan Pulau Pangkor di horizon. Solo traveler yang nak tenang sambil tengok laut dan minum kopi ini dia tempat dia.

Kayak & Cafe Aktiviti Terbaik Lumut

Aktiviti utama kami di Lumut: kayak. Dan yang best free je.

Lepas kayak, kami pergi cafe yang ada view cantik terus menghadap laut. Duduk lama, makan, tengok bot lalu lalang. Ini lah definisi slow travel yang aku cari bukan rushing dari satu tempat ke satu tempat, tapi betul-betul duduk dan rasa tempat tu.

Negeri Ketiga Pulau Pinang

Ride ke Penang: 170KM Slow Living

Dari Dhuha Guesthouse, Lumut ke Pulau Pinang 170KM lalu jalan dalam, bukan highway.

Sepanjang jalan tu aku lalu kampung-kampung yang vibe dia “slow living” Kampung Permatang Raja, Temerlok, Terong. Tenang, sunyi, tapi ada feel dia sendiri. Bila sampai Taiping baru nampak balik suasana bandar.

Ferry Motor Cara Best Masuk George Town

@matdintravel

Takut naik jambatan Pulau Pinang? Naiklah Ferry #misi100villa

♬ suara asli – TIM HINDIA🍃 – eraa

Ni untuk korang yang gayat nak lintasi Jambatan Pulau Pinang naik motor ada alternatif yang lebih best: naik ferry.

Caranya mudah. Pergi Penang Sentral di Butterworth, masuk ke Sultan Abdul Halim Ferry Terminal. Kalau naik motor macam aku, ada laluan sendiri senang je. Bila ferry sampai, terus naik. Perjalanan dalam 10 hingga 15 minit je. Tapi jujur cakap view laut dan angin naik ferry lain daripada lintasi jambatan.

Bila sampai, kau akan tiba di Raja Tun Uda Ferry Terminal, terus masuk George Town.

Georgetown: Penang Yang Semua Orang Kenal

Georgetown memang dah terkenal. Mural, street food, bangunan warisan. Tapi sebagai solo traveler yang ride masuk dengan motor naik ferry, rasa masuk Georgetown tu lain sikit lebih personal, lebih raw.

The Frame Guesthouse Penginapan Untuk Solo Traveler

Di Georgetown, aku stay di The Frame Guesthouse sebuah hostel yang ada cafe sendiri dan banyak common space. Perfect untuk solo traveler sebab kau boleh jumpa orang lain, duduk lepak, dan exchange cerita perjalanan.

Cadangan makan di sekitar The Frame: singgah Rioh Cafe yang tak jauh dari hostel tolong order makanan dia. Dan waktu malam, kena datang Kesom Cafe pula.

Balik Pulau, Penang Sisi Lain Yang Ramai Tak Nampak

Slow Living: Dua Dunia Berbeza

Hari kedua di Penang, aku ride dari Georgetown ke Balik Pulau.

Jujur aku cakap Georgetown dengan Balik Pulau macam dua dunia berbeza. Georgetown semua laju. Tapi Balik Pulau? Jalan tenang, rumah kampung masih banyak, dan vibe dia memang slow living. Ramai orang datang Penang tapi tak pernah nampak sisi Penang yang ni. Penang bukan setakat Georgetown.

Ladang Tebu Tempat Yang Tak Disangka

Dalam perjalanan explore Balik Pulau, aku lalu satu tempat yang tak aku expect langsung ada di Penang ladang tebu.

Serius vibe dia macam dekat luar negara sikit. Jalan kecil, kiri kanan penuh pokok tebu, angin kuat, sunyi, tenang. Moment tu aku betul-betul rasa ini baru sisi lain Penang yang sebenar.

Kamahevo Cycling Cara Paling Best Explore Balik Pulau

Aku explore Balik Pulau dengan Baim dari Kamahevo Cycling. Dan jujur cara paling best nak explore tempat ni memang naik basikal.

Route dia santai dan beginner friendly. Mostly lalu jalan kampung, tiada kereta banyak. Aku lalu sawah padi, kampung lama, sungai, dan mangrove. Tak crowded langsung kau boleh dengar bunyi angin dan bunyi burung. Sekali sekala nampak pakcik naik motor lalu kampung. Slow, tapi tenang.

Ada moment dalam ride tu aku rasa macam aku bukan dekat Penang dah. Rasa macam kat tempat lain yang lebih perlahan, lebih local, dan lebih real.

Negeri Keempat Langkawi,Kedah

Ferry Motor Ke Langkawi : Dari A – Z

@matdintravel

Replying to @Oley bawa motor ke Langkawi.

♬ suara asli – TIM HINDIA🍃 – eraa

Korang yang nak bawa kereta atau motor ke Langkawi, kena baca bahagian ni sampai habis.

Untuk naik ferry bawa motor ke Langkawi, kau kena pergi Kuala Perlis. Itu titik permulaan. Dan ada beberapa operator yang kau boleh pilih Wantas RORO, Langkawi RORO Ferry Servis, atau Langkawi Auto Express.

Bila nak booking, kau kena isi nama, IC atau passport, jenis kenderaan, nombor plate, dan tarikh pergi dan balik. Dokumen yang kena sediakan adalah IC depan dan belakang, geran kenderaan, dan lesen memandu.

Satu tips penting book awal 3 atau 7 hari untuk proses imigresen, dan print dokumen booking kau.

Hari kejadian, kau tinggal check in betul-betul dekat laluan masuk RORO. Proses dia cepat, senang aku ingat susah tapi senang gila rupanya

📸 [GAMBAR 29] Jenis: Detail shot dalam ferry Tajuk: Penumpang duduk dalam ferry yang berhawa dingin tingkap besar, laut biru di luar, suasana selesa. Caption: “Dalam ferry ada aircond, selesa. Kalau nak angin laut boleh duduk luar. Dua-dua best.”

Apa pun seronok wey dalam ferry kau boleh duduk dalam berhawa dingin, atau kalau nak rasa angin laut boleh duduk luar. Seronok gila.

4 Homestay Menarik Di Langkawi

@matdintravel

Coconest,Rumah Bendang,Bohoq Villa,Hangout Urban Eco

♬ suara asli – Musik Spotify🎶🎶 – S🎈

Aku stay kat Langkawi untuk 2 minggu dan aku discover 4 homestay yang menarik. Ada yang tengah-tengah bendang, ada yang konsep Bali, ada yang betul tengah-tengah laut. Setiap satu lain-lain, dan setiap satu ada cerita.

Villa Ke-4 : Hang Out Urban Eco — Hari Pertama Langkawi

@matdintravel

Replying to @Bungaaaa Hang Out Urban Eco,Langkawi

♬ The Winner Is… – DeVotchKa Version – DeVotchKa

Aku jumpa satu tempat dekat Langkawi yang jujur cakap, orang Langkawi sendiri pun belum tentu tahu. Yang buat aku terkejut, pool dia betul-betul depan bilik. Bangun tidur, buka pintu, terus nampak air depan mata.

Ini hari pertama aku kat Langkawi, dan aku stay di Hang Out Urban Eco.

First impression masuk sini, aku impressed sebab customer service bagus. Check in senang, siap 24 jam lagi. Ada cafe dalam kawasan ni, jual sosej sedap yang aku repeat order. Kat sini ada dua jenis unit iaitu family suites dan studio suites, konsep setiap unit lain-lain, tinggal pilih. Semua unit ada access ke pool, dan yang paling best studio suite sebab pool betul-betul depan bilik.

Untuk makan tengah hari, dalam 3.8km je ada Nasi Campur Kak Yan. Syurga nasi campur lauk penuh satu meja. Yang rare kat sini dia ada bronok, benda yang bukan semua orang pernah try.

Waktu petang aku main jet ski kat Cenang. Kelebihan main jet ski kat Langkawi, korang boleh island hopping sekali. Balik dari aktiviti tu terus terjun kolam depan bilik. Memang tak nak keluar.

Villa Ke-5 : Rumah Bendang Langkawi — Hari Kedua

Hari kedua aku gerak ke Rumah Bendang. Dan kali ni aku tak sorang, aku bawa mat salleh yang aku jumpa dekat hostel sebelum tu. Dia impressed gila tengok unit ni.

Konsep dia memang lain dari yang lain. Interior very classy. Ada dua unit iaitu Rumah Wan yang boleh duduk 12 orang sebab ada 7 katil, dan Rumah Opah yang selesa untuk 4 orang.

Pagi bangun terus keluar. Nampak lembu jalan perlahan, orang kampung pergi sawah, sun naik pelan-pelan. Moment tu memang tenang, macam reset otak.

Lepas tu aku cuba e-bike. Route lalu tengah sawah, tepi jalan kampung. Kau boleh rasa angin, bau rumput, tengok benda simple yang jarang kita perasan. Mat salleh tu excited tengok pokok asam dan pokok kapas, benda biasa untuk kita tapi luar biasa untuk dia.

Sarapan kami kat Warung Sireh Pak Manap. Kemas dan ceria, ada nasi lemak, nasi kuning, banyak pilihan. Aku order nasi lemak ayam dan roti titab.

Lepas makan kami pergi Muzium Karangkraf. Kat sini boleh tengok orang buat batik depan mata, ceramic semua handmade. Bukan sekadar tengok, kau boleh faham process dia.

Villa Ke-6 : Bohoq Villa — Hari Ketiga

Kalau kau tanya aku villa paling aesthetic kat Langkawi, ini jawapannya. Bohoq Villa paling dekat dengan vibe Bali tapi kat Langkawi je.

OOTD spot dia banyak gila, setiap sudut ada lighting cantik. Ruang tamu open space, angin masuk, depan ada infinity pool. Duduk situ je dah rasa macam dekat resort luar negara. Design clean, minimal, tapi ada character.

Ada juga Villa Anjung yang lebih secluded dengan A-shape design, ada small living room dengan sofa dan smart TV, dan tingkat atas ada bilik dengan balkoni dan view sawah.

Petang aku makan kat Dangau Langkawi. Seafood fresh, masakan kampung, duduk dalam pondok dengan view sawah. Siap ada live band. Kena order sambal ikan dan ikan kari masak gulai.

Habis makan balik villa layan sunset sambil mandi pool. Malam aku ride ke Cenang tengok fire show Anak Hantu Langkawi. Bayar air around RM20 dah boleh tengok show yang best.

Pagi seterusnya sarapan di Pak Malau. Random tapi kat Langkawi ada Nasi Dagang. Ada view sawah, banyak pondok, tapi masakan dia agak manis so datang awal takut habis.

Lepas sarapan aku pergi Pulau Tuba. Naik bot dari Kuah, sampai sana sewa motor untuk explore. Aku try mee udang, lekoq shaw, dan tengok kerbau berkeliaran. Vibe dia macam kampung tahun 80an, tenang dan tak crowded. Singgah juga cafe area Dayang Bunting untuk buat ceramic sendiri. Experience rare, bukan sekadar datang minum kopi.

Villa Ke-7 : Coconest — Hari Terakhir Langkawi

Hari terakhir aku kat Langkawi aku buat sesuatu yang gila. Aku ajak cousin aku stay kat Coconest, villa betul-betul tengah laut, dengan satu syarat — tak boleh makan selagi tak dapat ikan untuk BBQ.

Nak pergi Coconest kena naik bot, pihak Airbnb akan sediakan. Ada 3 unit, untuk 2 orang, 4 orang, dan 6 orang untuk family.

First impression masuk unit, aku ingat panas sebab tengah laut. Tapi masuk je sejuk, diorang dah bukakan aircond. Ada aktiviti paddle boat so tak lah kosong-kosong.

Kami memancing. Sekejap je dapat ikan GT. Alhamdulillah rezeki. Tapi lepas tu kumpau sampai malam.

Sempat layan sunset dulu sebelum sambung memancing. Waktu malam dapat lagi satu ikan, ikan sembilang, yang ni besar gila. Terus set tempat BBQ, siang ikan dan bakar.

Betapa seronoknya makan ikan fresh betul-betul tengah laut.

Pagi esoknya aku layan sunrise. Aku selalu kerja dari subuh sampai sunrise, tapi kali ni best sebab dapat tengok burung tangkap ikan depan mata. Coconest siap sediakan breakfast.

Lepas tu mandi dan main kayak. Vest jacket dan guider ada, memang selamat 100%.

Bonus: Solo Travel Ke Thailand

Cara Bawa Motor Ke Thailand

Ramai tanya aku betul ke aku bawa motor ke Thailand. Jawapannya ya. Dan aku nak share step sebenar dari A ke Z.

Aku masuk dari Bukit Kayu Hitam. Ramai ingat kalau nak masuk Thailand naik motor, passport dengan geran je dah settle. Aku pun dulu fikir macam tu. Tapi sampai border baru tahu ada satu benda yang ramai tak cerita iaitu TM2.

TM2 ni borang yang rekod motor kau masuk Thailand. Tanpa dia, proses boleh sangkut.

Dokumen yang kena ada:

  • Passport
  • Lesen motor
  • Geran asal motor
  • TDAC (isi online sebelum masuk)
  • Insurans Thailand
  • TM2

Kalau semua ada, proses dekat border sebenarnya taklah sesusah mana. Serahkan geran motor serta TM2 kepada pegawai bertugas, pegawai akan semak dan keluarkan permit sementara untuk kenderaan. Simpan semua dokumen yang dicop sebab akan digunakan semula semasa keluar dari Thailand.

Dan percayalah, moment paling syok bukan masa sampai Hatyai. Moment paling syok bila kau lepas palang border tu dan tiba-tiba terfikir, “Weh… aku baru je bawa motor masuk negara orang.”

📸 [GAMBAR 41]

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *