5 Sebab Kenapa Siswa Perlu Sertai Bank Islam Youth Ambassador
Pernah tak teringin untuk jadi ambassador sebuah organisasi sebagai seorang siswa? For me personally Bank Islam Youth Ambassador (BIYA) adalah platform yang terbaik sebagai seorang pelajar.
Hari ini saya akan kongsikan 5 Sebab Kenapa Siswa Perlu Sertai Bank Islam Youth Ambassador
Mentor saya beri nasihat ini kepada saya “Zaman sekarang siswa perlu jadi lebih unik agar lebih menonjol di mata bakal majikan”
Saya yakin melalui BIYA, anda bukan sahaja mampu menjadi unik tetapi lebih berkemahiran. Program ini direka khas untuk melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan berdedikasi.
Pengenalan

Sebelum saya kongsi pengalaman saya, mungkin anda telah tahu saya adalah Matdin yang selalu ke sana ke sini review villa & hotel. Saya masih lagi seorang Pelajar Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Teknologi Mara Lendu,Melaka.
Sejujurnya saya bukan lah orang yang kuat berpersatuan di universiti sepanjang tempoh menjadi pelajar Sarjana Muda Perakaunan kerana saya sudah ada sedikit pengalaman ketika diploma.
Untuk tempoh sarjana muda ini saya nekad untuk lebih “engage” dengan industri dan disebabkan itu lah saya banyak buat aktiviti di luar universiti seperti review ! Alhamdulillah saya telah menjadi Best Bank Islam Youth Ambassador 2023 iaitu antara 4 ambassador yang terbaik.
Jutaan terima kasih kepada kelab persatuan fakulti saya iaitu Members Of Bachelor Accountancy (MeBA) UiTM Melaka terutamanya kepada Luth Zulfikar & Presiden Siti Aisyah yang membantu saya menjalankan program.
Jadi, apa yang menjadikan BIYA pilihan terbaik untuk siswa? Mari kita lihat 5 sebab utama mengapa anda perlu menyertai BIYA hasil dari pengalaman saya.
1. Sokongan Mentor Yang Padu.

Dalam program BIYA, anda tidak akan berjalan sendirian. Kita akan dibimbing oleh 2 department yang terbaik seperti “Employer Branding” & “Centre Digital Experience”.
Sebenarnya ada figura-figura yang banyak membantu BIYA iaitu Tuan Za’im Yusoff,Tuan Amirul Izzat, & Puan Dayana Yaacob. Mereka ini kalau brainstorm memang idea mencurah-curah !
Sama ada anda memerlukan nasihat untuk projek , kemahiran komunikasi, atau pembangunan kerjaya, mentor BIYA sentiasa ada untuk membantu.
Dengan sokongan yang kukuh ini, anda dapat membina keyakinan diri dan menjadi versi terbaik diri anda.
Sokongan seperti ini bukan sahaja menjadikan perjalanan anda lebih mudah, tetapi juga lebih bermakna!
2. Membina Jaringan Professional

Salah satu kelebihan terbesar menyertai BIYA ialah peluang untuk membina rangkaian profesional yang luas.
Sebagai peserta, anda akan berpeluang bertemu dengan individu hebat dari pelbagai latar belakang—termasuk pemimpin korporat, usahawan, dan pakar industri.
Melalui sesi perjumpaan, acara rasmi, dan bengkel khas, anda bukan sahaja dapat belajar daripada mereka tetapi juga menjalin hubungan yang mungkin membuka pintu kepada peluang kerjaya di masa depan.
Jaringan ini bukan sekadar hubungan kerja, tetapi platform untuk bertukar pandangan dan idea yang boleh membantu anda berkembang.
“Dalam dunia hari ini, siapa yang anda kenali boleh menjadi penentu besar kejayaan anda. BIYA menyediakan peluang itu untuk anda.”
3. Mengurus & Menyertai Event Yang Menarik
Salah satu pengalaman paling seronok bila join BIYA adalah peluang untuk terlibat dalam pelbagai event menarik.
Tak kira seminar,bengkel atau career fair . anda bukan sahaja boleh jadi peserta, tapi juga diberi peluang untuk ambil peranan sebagai penganjur.
Bayangkan, anda diberi tanggungjawab untuk merancang, mengurus, dan memastikan event berjalan lancar—ini pengalaman yang bukan semua orang boleh dapat.
Paling best sebab sebagai BIYA, saya telah jalankan Beu Fun Run ! Paling best dan enjoy sepanjang aku jadi siswa. Terima kasih Puan Dayana atas sokongan ini.
Tak lupa juga, setiap kali event yang anda uruskan berjaya, ada rasa puas hati yang susah nak digambarkan. Selain itu, pengalaman ni sangat membantu kalau anda nak bina keyakinan diri dan tambahkan “point power” dalam resume !
“Setiap event yang kita handle bukan saja mengajar kita banyak benda baru, tapi juga beri peluang untuk kita cipta impak yang lebih besar untuk orang lain.”
4. Persekitaran Yang Progresif

Dalam program BIYA, anda akan dikelilingi oleh individu yang sentiasa memberi semangat dan sokongan. Dari mentor yang berpengalaman hingga rakan-rakan yang sama-sama bercita-cita tinggi, persekitaran program ini sangat-sangat progresif.
Bayangkan berada dalam komuniti yang memang “hustle” dan sentiasa memberikan respon yang positif. Suasana ini bukan sahaja membuatkan anda lebih bersemangat tetapi juga menggalakkan pertukaran idea dan pengalaman yang berharga.
Pengalaman saya sepanjang menjadi Bank Islam Youth Ambassador 2023, saya dapat melihat bakal-bakal figura hebat terutamanya AdamSyam, Abu Hazeem, Zamil Muttaqin & Arman Sobri.
Jujur saya cakap, mereka lebih keterhadapan daripada saya dalam melaksanakan program untuk Bank Islam anda boleh lihat sendiri di LinkedIn. Persekitaran begini yang membuatkan BIYA lebih progresif & kompetitif
“Berada dalam persekitaran yang positif seperti BIYA bukan sahaja buat kita rasa lebih yakin, tapi juga sentiasa mendorong untuk jadi lebih baik.”
5. Insentif Yang Menarik

Sertai BIYA bukan sahaja memberi pengalaman yang berharga, tetapi juga datang dengan pelbagai insentif dan faedah yang menarik. Sebagai peserta, anda berpeluang menjalani praktikal di Bank Islam , sijil pengiktirafan, dan akses kepada program eksklusif yang hanya ditawarkan kepada Youth Ambassador.
Selain itu, BIYA juga sering menganjurkan lawatan ke ibu pejabat, sesi networking eksklusif dengan pakar industri, dan pelbagai aktiviti menarik yang memberi pengalaman luar biasa. Faedah-faedah ini bukan sahaja memberikan nilai tambah kepada diri anda, tetapi juga menjadikan anda lebih bersedia untuk bersaing dalam dunia profesional.
Tambahan lagi, penyertaan dalam BIYA adalah satu kelebihan besar untuk resume anda. Pengalaman ini menunjukkan kepada majikan bahawa anda aktif, berdedikasi, dan memiliki kemahiran tambahan yang diperlukan dalam dunia kerja.
Kesimpulan
Program Bank Islam Youth Ambassador (BIYA) bukan sekadar satu program biasa—ia adalah platform yang membolehkan anda mengasah potensi diri, membina jaringan profesional, dan memberi impak positif kepada masyarakat. Dengan adanya sokongan mentor yang padu, peluang untuk membina rangkaian profesional, serta pengalaman mengurus event hebat, BIYA membantu anda menjadi lebih bersedia untuk menghadapi cabaran dunia sebenar.
Ditambah pula dengan persekitaran yang progresif yang penuh motivasi serta insentif dan faedah menarik, program ini sememangnya pilihan terbaik untuk siswa yang ingin menonjolkan diri dan mencipta masa depan yang lebih cemerlang.
Jadi, tunggu apa lagi? Jadilah sebahagian daripada keluarga BIYA dan mulakan perjalanan anda ke arah kejayaan hari ini!
Tekan link ini untuk pendaftaran BiYA selalu nya di buka pada bulan mei atau jun
Baca lagi artikel saya di sini jika anda suka membaca !
