Villa Summerwood Lot 1030 – Terpaling Homestay Raya !

@matdinreview

Homestay Terpaling Raya ! @SUMMERWOOD MSIA ✅ 5 bilik tidur – muat 20-25 orang ✅ Smart TV + HD Projector Untuk Karaoke ✅ Kolam renang private + BBQ area ✅ Kawasan luas, selesa, dan tenang ✅ Dalam A’Famosa Resort, Alor Gajah – lokasi memang power! Summerwood Lot 1030 ! #matdin#misi100villa#homestayraya

♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari

Korang tau tak? Aku baru je balik dari satu homestay yang superb gila! Nama dia Summerwood Msia Private Pool Villa Lot 1030 dekat A’Famosa Resort, Melaka.

Serius, ini memang pilihan terbaik kalau korang nak cari Homestay Raya tahun ni. Aku pergi dengan geng-geng aku weekend lepas, dan memang worth it habis!

Kolam renang sendiri, karaoke, semua ada! Percayalah, ini bukan homestay biasa-biasa.

Pengalaman Menginap Homestay Raya !

Hari ini aku nak share satu homestay yang korang boleh bawa family atau kawan-kawan korang ke sini! Aku dengan geng-geng aku stay dekat villa Lot 1030 ni, dan first impression aku tentang homestay ini, dia memang complete habis, sesuai untuk 22 orang!

Villa ni ada:

  • 5 Bilik yang luas
  • Karaoke dengan projector
  • Smart TV 55 inci
  • Private pool yang best!

Apa yang buatkan villa ni lain dari villa-villa lain adalah ruang OOTD dia. Waktu petang, kitaorang OOTD kat sana, serius cakap lighting waktu petang memang best gila! Banyak je spot kalau nak ootd sorang-sorang atau amik group picture!

Waktu malam suasana kat sini meriah sikit, lampu-lampu dia memang live up the vibe. Yang paling best,

korang boleh bakar-bakar BBQ kat sini sebab BBQ pit disediakan. Sambil-sambil tu, apa lagi kalau bukan main mercun lah!

Lokasi dan Akses – Summerwood Lot 1030

Villa ni terletak dalam A’Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka. Senang je nak pergi, korang ikut je highway PLUS, lepas tu keluar kat tol Simpang Ampat.

Dari KL pun tak jauh, dari Johor pun okay je. Perfect untuk Homestay Raya sebab senang untuk saudara-mara korang yang datang dari jauh.

Lokasi dan Akses – Summerwood Lot 1030

Kat Summerwood Lot 1030 ni, banyak gila kemudahan dia:

  • Kolam renang peribadi (best gila!)
  • Area pentas dalam rumah – sesuai kalau korang nak perform ke apa
  • Karaoke system pakai projector (style habis!)
  • Pit BBQ untuk bakar-bakar
  • Ruang tamu yang luas dengan sofa yang selesa
  • Dapur lengkap dengan periuk nasi, microwave, toaster, induction cooker, kettle, air fryer, water dispenser (lengkap!)
  • Semua bilik ada aircond sejuk
  • Garden area dengan meja dan kerusi untuk 20 orang
  • WiFi (penting ni!)
  • Smart TV
  • Shampo dan sabun mandi disediakan
  • Hairdryer, seterika, pemanas air – semua ada!

Tarikan Utama Yang Menarik – Summerwood Lot 1030

Dekat je dengan banyak tempat best:

  • Safari Wonderland (3km) – boleh tengok haiwan
  • Water Theme Park (3km) – main air!
  • Cowboytown (5km) – ada macam-macam aktiviti
  • Freeport A’Famosa Outlet (5.3km) – shopping!
  • Mydin Tampin (9.8km) – kalau nak beli barang-barang dapur
  • Bandar Alor Gajah (16km)
  • Bandar Melaka (40km) – boleh pergi jalan-jalan Jonker

Kualiti Perkhidmatan -Summerwood Lot 1030

Customer service dia memang top! Respond cepat dan sangat membantu. Villa ni pun sentiasa bersih dan terjaga. Semua peralatan dalam keadaan baik. Kalau korang cari Homestay Raya yang ada privacy dan selesa, confirm puas hati dengan villa ni.

Yang book sini untuk raya memang sangat sesuai! Bayangkan je keluarga besar korang semua boleh berkumpul sambil enjoy kolam renang sendiri, karaoke sama-sama… best kan?

Harga dan Nilai yang Ditawarkan – Summerwood Lot 1030

Harga dia memang berbaloi dengan apa yang korang dapat. Walaupun mungkin mahal sikit berbanding homestay biasa, tapi semua kemudahan yang disediakan memang worth it.

Dengan kapasiti untuk 22 orang (5 bilik dengan 4 tilam tambahan), korang boleh kongsi kos dengan kawan-kawan atau ahli keluarga.

Yang nak makan ramai-ramai, jangan risau sebab kat sini siap ada kitchen untuk sediakan makanan.

Peralatan semua lengkap. Dining area pun selesa untuk 8 orang siap ada smart TV. Sambil-sambil makan tu, korang boleh berkaraoke sebab kat sini siap disediakan platform untuk karaoke. Style sebab dia guna projector!

Bapak-bapak yang nak melepak makan kuih pun boleh santai je kat sini.

Alamat, Harga, Cara Contact Philea Resort

Alamat: Summerwood Msia Private Pool Villa Lot 1030, A’Famosa Resort, 78000 Alor Gajah, Melaka.

Harga: Untuk harga semasa, korang boleh terus contact dia sebab harga berubah ikut musim dan hari.

Cara Contact:

[Gambar 8: Info contact dan QR code untuk booking]

Jadi, ada tak homestay untuk raya? Ada, siapa cakap takde! Summerwood Lot 1030 ni memang pilihan terbaik untuk korang yang nak celebrate raya secara mewah sikit tahun ni. Cepat-cepat book sebelum penuh!

Baca lagi review homestay di sini

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *