The Real Behind The Scene – Macam Mana Aku Bawa Classmate Ke Homestay Mewah !
Hi, aku Matdin seorang pelajar Sarjana Muda Perakaunan yang suka jelajah homestay mewah dan villa seluruh Malaysia.
Kalau kau search tengok matdin.com, itulah tempat aku kongsi pengalaman dan review villa dari sudut pandang student traveller.
Video di atas ni salah satu video aku dengan classmate iaitu villa trip yang jadi tradisi setiap semester.
Bunyi macam trip mewah kan? Tapi sebenarnya ada cerita behind the scene yang ramai tak tahu macam mana aku plan semua ni tanpa bajet besar, tapi tetap nampak macam staycation level T20.
Macam Mana Idea Bermula ?

Sebagai seorang content creator, aku selalu rasa konten aku terlalu solo,asyik muka aku je dalam video. Jadi satu hari aku terfikir, kenapa tak buat konten yang ada suasana ramai sikit? Lagi seronok, lagi hidup. Dari situ lah timbul idea nak ajak classmate aku sendiri.
Tapi jujur, mula-mula aku cuak . Tak tahu sama ada benda ni boleh jadi ke tak. Aku mula pun dengan cara paling random dengan buat poll dalam group WhatsApp kelas. Entah mereka minat ke tak, aku pun tak pasti masa tu.
Tapi dari situ lah semuanya bermula. Walaupun idea ni simple, ia jadi turning point sebab trip pertama tu lah yang buat aku sedar, bila ramai-ramai, vibe dia lain macam.
Oh ya, ni gambar kami masa first homestay trip muka semua nampak baik lagi!
Macam Mana Aku Buat?

Sebenarnya, ramai owner homestay yang approach aku tetapi aku akan pilih yang paling sesuai untuk bawa classmate aku untuk kesenangan masing-masing .
Baca sampai habis, sebab aku akan cerita juga macam mana aku hasilkan review homestay tarik owner homestay untuk bagi aku review. 👀
Balik pada cerita asal, bila semua dah setuju nak join barulah aku mula bahagikan tugas:
ada AJK makan, AJK photography & permainan, AJK pengangkutan, AJK kebersihan, sampai ke AJK BBQ pun ada.
Kerja aku?
Haha, senang je — rakam suasana tu semua. 🎥
Tapi yang buat semua ni menjadi bukan sebab aku sahaja, mesti kena ada classmate yang sporting gila, baru setiap moment tu jadi real dan penuh kenangan.
Saya sayang classmate saya ! 7C <3
Kenapa Kena Buat Homestay Trip?

Pertama sekali, kau akan rasa seronok sebab memberi.
Betul lah orang kata, “You make a living by what you earn, but you make a life by what you give.”
Tengok muka kawan-kawan yang jarang bercuti dapat pergi homestay mewah secara percuma…
tu sebenarnya satu kepuasan yang susah nak explain.

Kedua, kau akan nampak sendiri bonding antara classmate.
Literally semua orang bersatu, tak kira geng mana, semua main peranan.
Ada yang masuk dapur sama-sama, ada yang bakar BBQ, ada yang sibuk setup tempat bergambar
Masa tu baru rasa, “eh ni lah teamwork sebenar.”

Ketiga, kau akan belajar yang tak semua benda kena perfect.
Kadang game tak menjadi, makanan terlebih masin, atau hujan tiba-tiba turun.
Tapi bila semua orang redha dan gelak sama-sama, itulah moment yang paling melekat dalam kepala.
Yang tak perfect tu lah sebenarnya yang buat trip tu perfect.
Penutup – Macam Mana Aku Hasilkan Video Review

Macam yang aku janji tadi, aku nak kongsi sikit macam mana aku buat review homestay.
Sebenarnya, senang je. Aku pun mula-mula cuma guna iPhone saja.
Alhamdulillah, sekarang aku dah berjaya lawat lebih 100 unit homestay di seluruh Malaysia.
Asas utama dalam review homestay ni mudah — fasiliti, kapasiti, aksesibiliti dan keunikan.
Empat benda ni lah yang buat sesebuah homestay tu menonjol dan berbaloi untuk dikongsikan.
Kalau korang nak belajar dengan lebih mendalam, aku dah siapkan dua e-book yang saling melengkapi semuanya aku tulis berdasarkan pengalaman sebenar aku sendiri.
Nak belajar lebih, tekan je link ini !





